Laporan reflektif: Keusahawanan


Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Kursus ini memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang selama ini saya percaya ia hanyalah bersifat warisan. Saya bersemangat untuk meneroka bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea, rancangan perniagaan dan kini saya telah mampu membezakan antara peniaga dan usahawan. Kursus ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi pembelajaran melalui kaedah membaca modul, forum, menonton video dan menjawab soalan. Kaedah kursus tersebut merupakan pemangkin untuk saya teruskan pembelajaran di OUM secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa hadapan.

Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

            Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu diperolehinya semasa mengikuti kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa artikel berkaitan keusahawanan oleh penulis-penulis jurnal secara atas talian. Saya juga semakin selesa mengikuti forum, tugasan, soalan, kuiz di laman sesawang myINSPIRE kerana telah hampir setahun menggunakannya. Saya, pelajar lain dan tutor dapat berhubung dan berbincang walaupun tidak bersua muka. Kursus usahawan ini sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya. Saya akan terus mendalami ilmu keusahawanan walaupun telah tamat kursus ini kerana minat yang mendalam. Saya telah membantu seorang rakan untuk menyediakan rancangan perniagaan kerana beliau tidak mengetahui format untuk menyediakannya. Saya akan gunakan ilmu yang ada untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada suatu hari nanti.

Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Saya mencadangkan agar pihak OUM berkerjasama dengan SSM, MARA, Kerajaan dan yang berkaitan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar berkiatan keusahawanan melalui gerai pameran dan taklimat perkhidmatan yang ditawarkan khas kepada usahawan. Saya juga mencadangkan agar diwujudkan satu kerja kursus untuk pelajar-pelajar membuat perancangan perniagaan dan tugasan mendaftar perniagaan sendiri dengan SSM sebagai salah satu cara penilaian kursus ini agar pelajar-pelajar merasai pengalaman sebenar sebagai peniaga seterusnya usahawan pada peringkat awal lagi.
        (297 patah perkataan)

Comments

Popular posts from this blog

Elemen Campuran Pemasaran (7P)

Keseimbangan kerjaya dan keluarga