Laporan reflektif: Keusahawanan
Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini? Kursus ini memberikan saya gambaran sebenar berkaitan keusahawanan yang selama ini saya percaya ia hanyalah bersifat warisan. Saya bersemangat untuk meneroka bidang keusahawanan setelah mendapat maklumat yang tepat berkaitan ilmu keusahawanan seperti konsep, mitos, visi, inovasi, penjanaan idea, rancangan perniagaan dan kini saya telah mampu membezakan antara peniaga dan usahawan. Kursus ini menambah kemahiran saya untuk mengharungi pembelajaran melalui kaedah membaca modul, forum, menonton video dan menjawab soalan. Kaedah kursus tersebut merupakan pemangkin untuk saya teruskan pembelajaran di OUM secara kendiri dengan penuh keyakinan pada masa hadapan. Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini? Saya merasa amat teruja kerana begitu banyak ilmu diperolehinya semasa mengikuti kursus ini. Saya juga mengambil kesempatan membaca beberapa artik...