Jumlah jenayah yang dilakukan oleh remaja semakin meningkat.

Bachelor of Management
Learning skills for open distance learners (OUMH1103)

Jumlah jenayah yang dilakukan oleh remaja semakin meningkat.

1.0.Pengenalan

Seringkali kita dengari isu berkaitan jenayah di utarakan oleh pelbagai sumber yang menimbulkan kebimbangan banyak pihak apatahlagi ianya melibatkan golongan remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018) mendefinisikan jenayah senagai aktiviti jahat dan salah di sisi undang-undang seperti perbuatan mencuri, merogol, jenayah siber serta lain-lain. Jenayah yang melibatkan golongan remaja terus meningkat ini boleh mengakibatkan runtuhnya sesebuah institusi agama, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.

Penulisan ini bertujuan untuk membincangkan faktor-faktor dan memberikan cadangan penyelesaian terhadap jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja. Dua faktor yang menyumbang kepada peningkatan jenayah remaja serta dua cadangan jalan penyelesaiannya akan dikupas dalam penulisan ini.

2.0.Berikut adalah antara faktor-faktor yang mendorong peningkatan jumlah jenayah
dikalangan remaja:

2.1.Faktor keluarga

2.1.1.      Mohamad Ramzi Zakaria. (2015) menyatakan “sikap yang cuai, mengabaikan dan tidak ambil peduli akan mencetuskan satu sikap pengabaian yang memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak mudah terjebak sesuatu perkara negetif tanpa pengetahuan mereka sehingga memberi kemudaratan”. Petikan tersebut menunjukkan sikap tidak perihatin dalam didikan, mengaibaikan tanggungjawab serta kegagalan berperanan sebagai ibu bapa akan mendorong kepada masalah keruntuhan ahlak remaja.

2.1.2.      Sikap keluarga yang tidak boleh menerima ahli kelaurga telah melakukan kesalah kerana terlalu sayangkan anak serta tidak menilai tangkah-laku menyebabkan remaja semakin berani mengulangi kesalahan. Remaja dari keluarga sebegini kebiasaannya akan rendah nilai akhlak serta moralnya, mereka akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah.

2.2.      Faktor media siber

2.2.1.      Alif Fadli Mohd Sori dan Nurul Hidayah Mustafa. (2015), menerangkan “sebanyak 2,107 kes jenayah siber dilaporkan dalam tempoh Januari sehingga Februari tahun ini berbanding 1,215 kes dalam tempoh sama tahun lalu dengan menunjukkan peningkatan drastik sebanyak 73 peratus”. Jenayah siber adalah jenayah yang melibatkan komputer dan rangkaian seperti pencurian maklumat, pornografi, judi atas talian, memuat turun perisian secara tidak sah dan lain-lain. Aplikasi-aplikasi seperti WeChat, Whatsapp, Facebook serta Thumblr juga merupakan salah satu faktor yang mendorong remaja ke kancah jenayah. Melalui aplikasi-aplikasi ini, golongan remaja mudah berhubung sesama mereka tanpa batasan, tiada had perkongsian bahan pornografi mendorong mereka melakukan jenayah seksual.

2.2.2.      Internet telah disalahgunakan. Ketua Penolong Pengarah Unit Antarabangsa Agensi Antidadah Kebangsaan berkata, “kemudahan berkomunikasi menerusi media sosial yang menjadi keutamaan masyarakat pada masa kini telah disalahguna dan akhirnya pengedar dadah aktif menggunakan saluran seperti Facebook dan WeChat untuk mempromosikan produk mereka”. Utusan Online. (2017).


3.0.Dua contoh yang akan mengurangkan jumlah jenayah dikalangan remaja:

3.1.Didikan yang sempurna serta disiplin ibu bapa

3.1.1.      Profesor Dr. Rosnah Ismail (2017) menyatakan “peranan ibu bapa adalah memberi sokongan, galakan emosi dan perkembangan fizikal individu dalam keluarga, mereka memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu seperti menyemaikan nilai positif, membentuk sikap dan pemikiran anak-anak agar berkeyakinan tinggi, berintegriti, jujur, amanah dan bertoleransi”. Bagi mengatasi masalah jenayah remaja, ibu bapa perlulah memberikan didikan dan kasih sayang serta bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak bagi memastikan mereka menjadi insan yang perpegang teguh pada nilai-nilai murni dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Ibu bapa juga perlu tegas dalam membuat keputusan yang melibatkan anak-anak kerana anak yang baik akan lahir dari keluarga yang baik.

3.1.2.      Ibu bapa haruslah mendisiplinkan diri sendiri agar tidak menggalakkan anak-anak melakukan kesalahan seperti menunggang atau memandu kenderaan tanpa lesen yang sah. “Ibu bapa kepada kanak-kanak atau remaja terlibat juga perlu didakwa kerana cuai membenarkan anak masing-masing menunggang tanpa lesen” seperti kata Rozaman Ismail. (2016).


3.2.Membendung dan akta media siber

3.2.1.      Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2013), Eneng Faridah Iskandar berkata “kira-kira 17.5 juta pengguna Internet di negara ini perlu menekankan aspek keselamatan, berwaspada dan bertanggungjawab ketika berada di alam maya”. Budaya jenayah siber kini dilihat semakin berleluasa dan kita perlu membendung perkara tersebut dalam kadar segera sebelum lebih banyak lagi isu atau masalah yang bakal timbul kelak.

3.2.2.      Mohd Azrone Sarabatin. (2018) melaporkan dalam wawancaranya bersama Ketua Pegawai Operasi SKMM, “akta ini sudah lama dan perlu dipinda semula sejajar dengan perkembangan semasa”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa akta bagi media siber perlu disemak secara berkala agar pengguna lebih berdisiplin dan pesalah akan dikenakan hukuman yang setimpal.

4.0.Kesimpulan

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, tindakan bersepadu oleh pelbagai pihak perlu diambil bagi menangani masalah jenayah remaja ini bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan mengenalpasti faktor-faktor penyumbang jenayah remaja dan mengambil tindakan sewajarnya akan membendung gejala ini berleluasa. Golongan remaja perlu diberi perhatian dan dibentuk agar menjadi modal insan kepada negara.


(719 patah perkataan)


5.0.      Rujukan
Alif Fadhli Mohd Sori, Nur Hidayah Mustafa. (13 Mac 2015). Kes jenayah siber
meningkat 73 peratus. Utusan Online. Diambil daripada 
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2018). Jenayah. Diambil 11 Mac 2018, daripada
Mohammad Ramzi Zakaria. (2015). Kecuaian dan Pengabaian Kanak-kanak oleh ibu
bapa. The Malaysia Journal of Law and Society, 19, 37-49. Diambil Feb 26,
2018, Daripada
Mohd Azrone Sarabatin. (18 Februari 2018). Pindaan akta lindungi semua pihak.
Diambil 20 Mac 2018 daripada
Rosnah Ismail. (2017). Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Keluarga Bahagia. Diambil
Rozaman Ismail. (26 Februari 2016). Isu tiada lessen, biar hukuman mengajar. Utusan


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (9 Ogos 2013). Internet: fikir dulu
Sebelum ‘klik’. Diambil 28 Ferbruari 2018 daripada
Terlalu mudah beli dadah dalam FB, WeChat. (19 September 2017). Utusan Online.
Diambil daripada http://m.utusan.com.my/berita/jenayah/terlalu-mudah-beli-dadah-dalam-fb-wechat-1.528093

Comments

Popular posts from this blog

Elemen Campuran Pemasaran (7P)

Keseimbangan kerjaya dan keluarga

Laporan reflektif: Keusahawanan