Penyakit Jantung dan Rendahkan Paras Kolesterol
Apa itu serangan jantung? Anda mungkin sering mendengar berkenaan serangan jantung, namun adakah anda mengetahui penyebab penyakit ini? Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan “ischaemia”. Jika penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk (>75%) bekalan oksigen akan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian. Keadaan ini dikenali sebagai Aterosklerosis yang menyebabkan Penyakit Arteri Koronari . Keadaan ini selalunya terjadi tetapi tidak disedari oleh ramai orang; meskipun telah meragut banyak nyawa. Aterosklerosis sebenarnya penyebab utama penyakit danpembunuh nombor satu di dunia. Di Malaysia, lebih ramai orang mati kerana aterosklerosis berbanding dengan kanser. Di Malaysia, sekitar 9%